Monday 6 February 2012

AISHITERU MUHAMMAD

Salam satu perjuangan. Setelah sekian lama blog ini menghadapi masalah untuk diupdate, alhamdulillah akhirnya ia kembali normal dan berfungsi seperti biasa. Ternyata Allah Maha Berkuasa dan masih memilih ianya sebagai satu wasilah atau medan perkongsian buat kita semua. InsyaAllah. Rasanya masih belum hilang kehangatan Maulidur Rasul tempoh hari. Malah, itulah yang seharusnya yang dirasakan oleh kita semua. Untuk mengingati dan mengenang insan mulia ini, tidak perlu tunggu tanggal 12 Rabi'ulawwal setiap tahun. Tidak perlu tunggu berarak untuk menitip selawat. Ianya perlu pada setiap hari dan di setiap ketika. Betapa kita perlu menyatakan AISHITERU MUHAMMAD.. AKU MENCINTAIMU MUHAMMAD... tetapi bukan sekadar dengan ucapan...

Ya Rasulallah Ya habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulallah Ya habiballah
Kami rindu padamu…

Muhammad bin Abdullah. Insan teragung dalam sejarah dunia. Jangan kecewa hanya kerana kita tak berpeluang menatap wajah baginda yang bercahaya. Jangan kesal hanya kerana kita tak hidup sezaman dengan baginda. Tahukah kalian?
Pernah suatu ketika Rasulullah bersama-sama para sahabat dalam satu majlis. Tiba-tiba bergenang air mata Rasulullah. Sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Abu Bakar, baginda menyatakan bahawa Baginda terlalu merindui ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati. Lalu Saidina Abu Bakar pun bertanya lagi: “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menyatakan “tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku ialah mereka yg belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu dengan mereka.”
Ternyata Rasulullah tak pernah mengenepikan kita walau kita ini umat di zaman yang terlalu jauh dengan baginda. Kerana jarak dan masa itu bukanlah ukuran sejauh mana kerinduan kita terhadap baginda. Bertemu wajah dengan baginda juga bukanlah prasyarat untuk membuahkan kecintaan yang suci terhadapnya. Tetapi sejauh mana hati kita benar-benar mengingatinya. Sebagaimana di akhir usia dan nafas baginda, bibirnya tak henti-henti mengucapkan ‘’ ummati, ummati, ummati…” Adakah kita juga sering berselawat tanda mengingati insan junjungan ini?
Rasulullah merindui ikhwannya(umat akhir zaman yg mencintainya). Persoalannya…Kita kah ummat itu? Kita kah yang dirindui itu? Jom sahabat-sahabat. Kita tingkatkan selawat. Buktikan kecintaan kita dengan turut mengamalkan sunnah baginda. Moga akhirnya kita dipertemukan dgn baginda walau dalam episod mimpi sebuah lena. Amin.



No comments:

Post a Comment