Saturday 18 February 2012

ishhh...tak sedaplah.....


"Ish....tak sedaplah nasi goreng ni..masin..dah lah tak de ayam langsung. Mahal pulak tu" bentak hati yang tidak puas kerana makanan yang dinikmati tak seperti yang kita inginkan. Pernahkah kalian melakukannya? Tak usah malu untuk mengaku. Aku juga. Tapi apakah kita sedar di saat kita tak puas dengan apa yg kita nikmati, ada manusia lain yang tak dapat merasakan apa-apa. Di waktu kita dapat makan sesuatu makanan(walaupun tak berapa sedap), ada manusia lain yang hanya mengalas perut dengan air kosong. Bukankah keadaan mereka lebih sadis berbanding kita? 

Sesekali pandanglah orang yang lebih susah dan rendah daripada kita. Kerana kita akan sedar bahawa kita jauh lebih bernasib baik dan beruntung kerana masih punya sesuatu. Jangan hanya asyik memandang kesenangan dan kemewahan orang lain saja. Itulah penyebab utama kita susah nak merasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan semakin tamak untuk menyaingi orang lain. 

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Tak salah berkeinginan untuk memiliki sesuatu tapi janganlah sampai kita lupa dengan apa yang telah pun kita miliki. Ramai yang kecewa bila sesuatu yang dimahukan tidak dapat dimiliki. Walhal, golongan ini masih belum bersyukur dengan apa yang telah diberikan sebelumnya. Pantas kah dia menerima sesuatu yang lain pula sedangkan masih belum dapat mensyukuri dan memanfaatkan sebaiknya pemberian sebelum itu. Sama-sama kita tanam sifat qanaah(berpada-pada) dalam diri agar dijauhi sifat tamak dan mengejar-ngejar kemewahan. Orang yang qanaah itu memelihara harta sekadar apa yang ada di tangannya dan tidak berangan-angan untuk memiliki sesuatu yang lain pula. 

Tahukah kita? Dalam sifat qanaah itu terkandung lima perkara?
1.          Menerima dengan rela apa yang ada
2.            Memohon kepada Allah tambahan rezeki yg selayaknya, disertakan usaha
3.           Menerima dengan sabar ketentuan Allah
4.           Bertawakkal kapda Allah
5.          Tidak tertarik oleh tipu daya dunia
Sesungguhnya qanaah itu mampu mengawal diri dan nafsu yang sering menginginkan sesuatu yang lain dan sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang sedia ada. Mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan sifat qanaah dalam setiap perkara. InsyaAllah ;)

p/s: Allah tak memberikan apa yang kita mahukan semata-mata. Tapi Allah memberi kita sesuatu yang sangat kita perlukan sebenarnya. Dia menciptakan kita, maka Dia jauh lebih mengnal diri kita. Yakinlah !!!

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

SURAH AL-BAQARAH: AYAT 152

Monday 6 February 2012

AISHITERU MUHAMMAD

Salam satu perjuangan. Setelah sekian lama blog ini menghadapi masalah untuk diupdate, alhamdulillah akhirnya ia kembali normal dan berfungsi seperti biasa. Ternyata Allah Maha Berkuasa dan masih memilih ianya sebagai satu wasilah atau medan perkongsian buat kita semua. InsyaAllah. Rasanya masih belum hilang kehangatan Maulidur Rasul tempoh hari. Malah, itulah yang seharusnya yang dirasakan oleh kita semua. Untuk mengingati dan mengenang insan mulia ini, tidak perlu tunggu tanggal 12 Rabi'ulawwal setiap tahun. Tidak perlu tunggu berarak untuk menitip selawat. Ianya perlu pada setiap hari dan di setiap ketika. Betapa kita perlu menyatakan AISHITERU MUHAMMAD.. AKU MENCINTAIMU MUHAMMAD... tetapi bukan sekadar dengan ucapan...

Ya Rasulallah Ya habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulallah Ya habiballah
Kami rindu padamu…

Muhammad bin Abdullah. Insan teragung dalam sejarah dunia. Jangan kecewa hanya kerana kita tak berpeluang menatap wajah baginda yang bercahaya. Jangan kesal hanya kerana kita tak hidup sezaman dengan baginda. Tahukah kalian?
Pernah suatu ketika Rasulullah bersama-sama para sahabat dalam satu majlis. Tiba-tiba bergenang air mata Rasulullah. Sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Abu Bakar, baginda menyatakan bahawa Baginda terlalu merindui ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati. Lalu Saidina Abu Bakar pun bertanya lagi: “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menyatakan “tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku ialah mereka yg belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu dengan mereka.”
Ternyata Rasulullah tak pernah mengenepikan kita walau kita ini umat di zaman yang terlalu jauh dengan baginda. Kerana jarak dan masa itu bukanlah ukuran sejauh mana kerinduan kita terhadap baginda. Bertemu wajah dengan baginda juga bukanlah prasyarat untuk membuahkan kecintaan yang suci terhadapnya. Tetapi sejauh mana hati kita benar-benar mengingatinya. Sebagaimana di akhir usia dan nafas baginda, bibirnya tak henti-henti mengucapkan ‘’ ummati, ummati, ummati…” Adakah kita juga sering berselawat tanda mengingati insan junjungan ini?
Rasulullah merindui ikhwannya(umat akhir zaman yg mencintainya). Persoalannya…Kita kah ummat itu? Kita kah yang dirindui itu? Jom sahabat-sahabat. Kita tingkatkan selawat. Buktikan kecintaan kita dengan turut mengamalkan sunnah baginda. Moga akhirnya kita dipertemukan dgn baginda walau dalam episod mimpi sebuah lena. Amin.