Wednesday 2 March 2011

Laporan usrah sughro muslimat itc Gen 6


ASSALAMUALAIKUM TENTERA-TENTERA ALLAH SEKALIAN


TARIKH: 27/02/2011(AHAD)
MASA: 7.15p.m-9.15p.m
TEMPAT: SURAU BLOK C


TENTATIF RINGKAS PROGRAM:
-SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
-USRAH KUMPULAN
-SOLUSI
-SOLAT ISYAK BERJEMAAH


Alhamdulillah selesai solat maghrib berjemaah, sahabat2 muslimat bergerak kedalam usrah masing-masing. Pada asalnya, usrah muslimat terbahagi kepada 5 kumpulan, namun disebabkan ada sahabat2 muslimat yang terlibat dengan BIG (Bina Insan Guru), kumpulan usrah terpaksa dikecilkan menjadi 3 kumpulan. Namun ini tidak menghalang pergerakan usrah sughro pada malam itu.

Setiap kumpulan usrah ditaklifkan untuk membincangkan tajuk2 yang telah diberikan berdasarkan silibus Usrah Sughro PISMP SEM 1 daripada pihak MTEN.
Tadarus Al-quran surah Al-Maidah ayat 83-120 dilaksanakan sebelum perbincangan dimulakan
Antara tajuk2 yang dibincangkan didalam kumpulan usrah ialah:

Kumpulan usrah 1:

·         Hadith 3
·         Isu semasa: Revolusi Islam Timur Tengah


Kumpulan usrah 2:

·         Bab 1 didalam buku “SHAMAIL TIRMIDHI, KHASAIL NABAWI, syarah SHAMAIL MUHAMMADIYAH” (RAUT WAJAH RASULULLAH)
·         Isu semasa: Revolusi Islam Timur Tengah


Kumpulan usrah 3:

·         Tafsir surah Al-Humazah
·         Isu semasa: Revolusi Islam Timur Tengah


Intipati Perbincangan

v  Hadith 3:

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: ( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ ). رواه البخاري ومسلم


Pokok Perbincangan Hadis :


1) Binaan Islam :

Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas serta cabang-cabangnya.


2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
·         Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir.
·          Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma).
·          Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) – fasiq
·         . Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura – munafiq
Formula matematik: 5-1=4
Formula rukun islam: 5-1=0


3) Matlamat Ibadat :

Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya     
–tetapi bagi yang mampu wajib disegerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikekang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.


Pengajaran hadis:
 

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


v Bab 1 didalam buku “SHAMAIL TIRMIDHI, KHASAIL NABAWI, syarah SHAMAIL MUHAMMADIYAH” (RAUT WAJAH RASULULLAH)

Dalam bab ini, terdapat hadith2 yg menerangkan raut wajah Rasulullah yg mulia. Adalah  mustahil untuk menerangkan perihal kecantikan sebenar baginda yang hakiki dan tepat. Menggambarkan mnerusi kalam adalah diluar kemampuan seseorang, namun para sahabat telah cuba menerangkan menurut keupayaan mereka.

Antara ciri2 raut wajah rasulullah berdasarkan hadithyg terdapat didalam buku “SHAMAIL TIRMIDHI, KHASAIL NABAWI, syarah SHAMAIL MUHAMMADIYAH

·         Wajah yang berkilau bak bulan purnama
·         Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah
·         Bertubuh sasa, berdada bidang, tidak terlalu gemuk dan tidak pula terlalu kurus
·         Rambutnya tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting, namun ianya beralun sedikit
·         Wajahnya putih kemerah-merahan
·         Berjalan dengan tertib
·         Menundukkan pandangan
·         Hidung yang mancung
·         Dikhabarkan rasulullah sangat bersih, cantik dan kacak seakan-akan badannya disaluti dan dibentuk daripada perak.
·         Dan banyak lagi.

v  Tafsir surah Al-Humazah

1.  Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
2.  Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung[1600],
3.  Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
4.  Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5.  Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6.  (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
7.  Yang (membakar) sampai ke hati.
8.  Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
9.  (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.


[1600]  maksudnya mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang karenanya dia menjadi kedekut dan tidak mahu menafkahkannya di jalan Allah.

Tafsir surah

·         Terdapat 3 golongan yang akan ke neraka
ü  GOLONGAN HUMAZAH (PENGUMPAT)
ü  GOLONGAN LUMAZAH (PENCELA)
ü  GOLONGAN PENGUMPUL HARTA DAN MENGAGUNG-AGUNGKANNYA(TIDAK MENGINFAKKANNYA)

·         Ketiga-tiga golongan ini akan dimasukkan kedalam neraka Hutamah
ü  Antara ciri-ciri neraka hutamah

*      Apinya diciptakan khusus buat ketiga-tiga golongan ini
*      Apinya dihubungkan terus dari api Allah
*      Apinya membakar sehingga ke hati yang menjadi lubuk kepada ketiga-tiga sifat keji tersebut
SEMOGA DENGAN PENGISIAN-PENGISIAN INI KITA SEMUA DAPAT  MENGAMBIL IKTIBAR, DIJADIKAN AMALAN DAN MENYEBARKANNYA KEPADA SAUDARA-SAUDARA ALLAH YANG LAIN.. SELANGKAH UKHUWAH MENGORAK TARBIAH WASSALAM..


No comments:

Post a Comment