Tuesday 8 March 2011

~KeRaNa SeBiji TeMbiKai~

"Rukun iman yang keenam menjelaskan bahawasanya sebagai umat islam adalah wajib bagi kita untuk mempercayai qada' dan qadar Allah iaitu ketentuan Allah swt.hanya kerana sebiji tembikai iman isteri seorang safi bergelar Syaqiq Al- Balkhi  teruji....iman kita bgmn pula? tepuk dada tanyalah iman...peringatan buat diriku dan teman-teman semua.....

* Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi  telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. 

Lalu bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. 

Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Lantas menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment