Ya Rasulallah Ya habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulallah Ya habiballah
Kami rindu padamu…
Muhammad
bin Abdullah. Insan teragung dalam sejarah dunia. Jangan kecewa hanya kerana
kita tak berpeluang menatap wajah baginda yang bercahaya. Jangan kesal hanya
kerana kita tak hidup sezaman dengan baginda. Tahukah kalian?
Pernah suatu ketika Rasulullah bersama-sama para
sahabat dalam satu majlis. Tiba-tiba bergenang air mata Rasulullah. Sahabat
gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila
ditanyakan oleh Abu Bakar, baginda menyatakan bahawa Baginda terlalu merindui
ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati. Lalu Saidina Abu Bakar pun bertanya
lagi: “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menyatakan “tidak Abu Bakar,
kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku ialah mereka yg belum pernah melihatku,
tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu dengan
mereka.”
Ternyata
Rasulullah tak pernah mengenepikan kita walau kita ini umat di zaman yang
terlalu jauh dengan baginda. Kerana jarak dan masa itu bukanlah ukuran sejauh
mana kerinduan kita terhadap baginda. Bertemu wajah dengan baginda juga
bukanlah prasyarat untuk membuahkan kecintaan yang suci terhadapnya. Tetapi
sejauh mana hati kita benar-benar mengingatinya. Sebagaimana di akhir usia dan
nafas baginda, bibirnya tak henti-henti mengucapkan ‘’ ummati, ummati, ummati…”
Adakah kita juga sering berselawat tanda mengingati insan junjungan ini?
Rasulullah
merindui ikhwannya(umat akhir zaman yg mencintainya). Persoalannya…Kita kah
ummat itu? Kita kah yang dirindui itu? Jom sahabat-sahabat. Kita tingkatkan
selawat. Buktikan kecintaan kita dengan turut mengamalkan sunnah baginda. Moga
akhirnya kita dipertemukan dgn baginda walau dalam episod mimpi sebuah lena. Amin.
No comments:
Post a Comment