Dalam melangkah, terasa lemah kaki yang
diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan
demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini
terus jalan seiring menyusuri denai dakwah. Entah kan bila harus terus
berjalan. Yang pastinya perjuangan ini tidak akan dan tidak pernah selesai. Selagi
nyawa dipinjamkan, selagi itulah tugas dakwah ini terpikul kemas di bahu
seorang yang bergelar muslim.
“Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak
disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”
Kalimah yang biasa dilontarkan sama ada
orang yg melafazkannya memahaminya atau tidak. Setiap kali solat, inilah bai’ah
kita kepada Allah. Namun, sejauh mana bai’ah ini membuatkan kita benar-benar
teguh berusaha untuk mengotakannya. Syahadatain bukan sekadar tunggu untuk
dilafaz, tapi untuk diterjemahkan dalam amalan kita. Ya, apakah kita
mengekspresikannya melalui tindak tanduk kita seharian? Tepuk dada sendiri, Tanya
iman di hati.
Keluhan dan sungutan dalam melakukan
kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita
malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa
meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.
Tanyakan pada diri, “letihkah kau bekerja
dalam islam?bosankah kau untuk berjuang?”
Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada
kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya,
datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk islam
ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan
Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17
Maksudnya: “wahai anakku,laksanakanlah
solat dan suruhlah(manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang
mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian
itu termasuk perkara yang penting.”
Bila memerlukan kesabaran, tentulah perkara
itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal
hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Itulah cabaran pejuang. Apabila
kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Bukannya
melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. Ayuh. Kembalikan kegemilangan
islam. Allahu Akbar!!!!
No comments:
Post a Comment