Tuesday 17 May 2011

alt Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mewujudkan kesepakatan dengan negara-negara luar dalam aspek kesahihan logo halal terhadap barangan import yang dibawa masuk ke Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata terdapat beberapa agensi Islam dari negara luar diberi kebenaran mengeluarkan logo halal terhadap barangan eksport mereka ke Malaysia dan Jakim serta Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) sentiasa membuat pemantauan yang serius terhadap semua barangan yang diimport.
"Contohnya, isu kesahihan status halal terhadap susu sekolah, Jakim tidak mengeluarkan logo halal tersebut tetapi dikeluarkan oleh Korea.
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!
Korea pula mempunyai amalan (kelulusan) Jabatan Agama Islam mereka yang bergerak (diiktiraf) di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Haji Yaacob di Kampung Batu 16, Padang Lumat, Guar Chempedak dekat sini hari
ini.
Beliau mengulas mengenai isu keraguan status halal susu sekolah 1Malaysia yang diagihkan secara percuma kepada murid sekolah rendah kerana tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak Jakim sekaligus diragui status siijil halalnya.
Semalam, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang di Pendang, Shaharol Niza Omar mempertikaikan logo halal yang terdapat pada produk susu sekolah yang didakwa dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Korea itu.
Jamil Khir berkata kerajaan sentiasa memantau barangan dari negara luar yang masuk ke Malaysia dan sebagai usaha pada masa hadapan, beliau akan mencadangkan supaya Akta Perihal Dagangan 1972 dibentangkan semula di Parlimen.
"Isi kandungan akta berkenaan perlu dilihat kembali yamg mana menyentuh soal barangan luar negara agar kemasukan barangan itu perlu diteliti sebaik mungkin sebelum dilepaskan masuk ke Malaysia," katanya.
Katanya sesiapa yang meragui status halal barangan yang dibeli boleh melayari laman webwww.halal.gov.my untuk memeriksa status halal barangan itu.
Sementara itu, Jamil Khir mencadangkan agar elaun untuk bilal surau dan masjid di seluruh negara dinilai kembali supaya bayaran yang dibayar setimpal dengan tugas mereka. "Nilai bayaran ditentukan sendiri oleh Majlis Agama Negeri-negeri," katanya.

No comments:

Post a Comment