Saturday 16 April 2011

KE MANA HALA TUJU KITA??

        Wahai orang Islam (Melayu), 
Ke mana HALA TUJU kita?
          Kita hendak bangunkan bangsa macam mana?
Membangunkan bangsa mestilah semua golongan terlibat mengikut bidangnya.

Tentulah kita hendak membangun bangsa yang berwibawa
Bangsa yang ada jati diri, yang tahan diuji,
Bangsa yang sanggup berjuang, berkorban, sanggup terkorban,
sanggup susah dan menderita.

Orang Melayu tidak boleh dipisah dengan agama (Islam).
Kalau dipisah dari agama, 

Jati diri akan tiada,ibarat dicabut nyawa,
Melayu atau bangsa itu hanya rangka,
agama itu roh atau jiwanya atau nyawanya.

Kalau orang Melayu hanya tinggal rangka,
pegangannya rapuh, hilanglah kekuatanya,
Jati diri itu adalah agamanya yang diamal dan dihayati di dalam jiwa,
Bangsa tidak boleh dipisahkan dari agama (Islam).

 
Kalau hendak membangunkan bangsa yang berwibawa,
berjiwa besar,jati diri mesti ada!
Setiap golongan mestilah program hidupnya ke arah
membangunkan jati diri dan wibawa bangsa.

 
Terlonjak-lonjak, terpekik-pekik dan terlolong-lolong di atas pentas
dengan pakaian seksi
Apakah ia boleh membangunkan jati diri?
Kita semua boleh menjawabnya,
Kalau saya yang menjawabnya takut tidak boleh diterima.

 
Kemudian pamerkan satu budaya,

ketawa terbahak-bahak,
bercakap tidak tentu macam orang gila,
Apakah boleh membangunkan wibawa bangsa?

Kita semua orang Melayu kena jawablah
Kalau saya menjawabnya mungkin tidak boleh diterima bersama,
Kita galakkan bergaul bebas laki-laki perempuan di dalam kehidupan,
pakaian menjolok mata pula.

Bolehkah mendorong orang Melayu berkorban untuk bangsa dan agama?
Kita orang Melayu kenalah jawab yang membina!
Pendidikan kita apakah menjamin lahir darinya boleh berkasih sayang,
boleh bersatu, rasa bersama, bekerjasama, peri kemanusiaannya tinggi,
bertimbang rasa, bela-membela?
Kita semua kenalah menjawabnya!

Hasilnya kita telah lihat bersama! Natijahnya kita telah saksi
bersama, mudah menjawabnya bukan?!
Buahnya sudah sama-sama kita makan dan merasa, maniskah atau pahit?
Saya tidak suka menjawab seorang sahaja,
nanti ada yang tidak boleh menerima 

                                Tidak mudah untuk dijawab begitu sahaja bukan?
Mestilah dijawab dengan fikiran yang rasional, 
dari jiwa yang insaf,
dari hati yang ikhlas 
dari rasa tanggungjawab.

Sungguh banyak perkara kita kena jawab dengan jiwa yang insaf,
Mungkin payah lidah kita hendak menjawab secara tepat,
Apakah kita boleh menjawab dengan memuaskan?

No comments:

Post a Comment