Saturday 19 February 2011

~KaLam TamHiDi~

Salam mahabbah buat sahabat2 seperjuangan sekalian. Moga dengan nafas yang masih diizinkan Allah untuk kita ini menyedarkan kita bahawa tak selamanya kita akan merasai nikmat tersebut. Akan tiba satu saat di mana nyawa yang sekian lama dipinjam, kembali dipulangkan kepada yang Esa. MasyaAllah,betapa sakit saat itu. Saat sakaratul maut menyentap hebat nyawa yang bakal lesap dari jasad. Sesungguhnya semua yang hidup itu pasti akan merasai mati. Lantaran itu,insaflah sebelum diazab. Taubatlah sebelum pintunya tertutup rapat.


Sebagai mukaddimah, syukur kepadaNya kerana dengan izinNya Lujnah Penerbitan dan Publisiti ITC GEN 6 telah berjaya menghasilkan blog khas untuk ITC GEN 6, selain mewujudkan group di facebook. Blog ini akan dimanfaatkan sebaiknya demi memantapkan lagi ITC GEN 6. InsyaAllah. Terima kasih kami dahulukan kepada semua pihak di atas dorongan dan sokongan serta cadangan kepada kami sehingga dapat menghasilkan blog ini. Untuk pengetahuan, blog ini akan dikemaskini mengikut giliran lujnah masing2 yang akan dimaklumkan selepas ini. diharapkan semua ahli lujnah terutamanya ketua dan penolong menggalas amanah ini dengan sehabis baik.


Semoga usaha yang sedikit ini akan tetap memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllahu Taala..sekian,tinta dari LUJNAH PENERBITAN DAN PUBLISITI...

No comments:

Post a Comment