Tuesday, 17 May 2011

Harga RON 95 mungkin naik lagi!!!!!

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NAK BERSEDIA MACAMANA, CAKAPLAH !


1. Bersedia tukar Naza Ria ke Viva? Ada value ke nak trade in Naza Ria?
2. Bersedia guna motosikal? Selamat ke guna motosikal di Malaysia ini, elok sangatkah lorong motosikal, senang dan murah ke dapat lesen motosikal?
3. Bersedia guna basikal? Selamat ke anak-anak kita ke sekolah naik basikal?
4. Bersedia jalan kaki ke tempat kerja? Siapa sanggup?
5. Bersedia naik bas ke tempat kerja? Berapa jam nak tunggu bas di Jelebu kalau nak pergi kerja di Seremban?

Soalan yang paling utama , bersediakah pemimpin negara, terutama pemimpin yang ada sekarang ubah cara hidup, guna kereta yang jimat minyak, tiada lagi polis escort, tiada lagi pengawal peribadi, kurangkan penggunaan helikopter semasa pilihanraya, kurang sambutan besar-besaran himpun rakyat di stadium dan sebagainya.

**********
Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Inikah Kita di hadapan Allah swt?

Inikah Kita Di Hadapan Allah?

Soalan:

"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )


Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan... mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja. 

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

INFO : Aqad Nikah Diwakilkan

SOALAN:
Khay4_me

Salam

Saya nak tanya satu peristiwa yg telah berlaku di satu tempat di Johor, bilamana satu majlis perkahwinan dimana akad nikah dilakukan di malaysia, tetapi pasangan pengantin lelaki & perempuan, dalam pada waktu yang sama berada diluar negara. Minta penjelasan daripada Ustaz.

terima kasih
Wassalam

****************
JAWAPAN:
albaruhiyy
Panel Feqh

Wassalam

Para ulama Islam memutuskan bahawa hukum perwakilan dalam akad nikah pada ijab dan qabul adalah sah dan harus. Kerana nabi s.a.w. pernah mewakilkan Amru bin Umayyah dan Aba Rafi’ menerima (qabul) nikahnya. Dan jua kerana hajat kepada demikian, kemungkina ia perlu kepada perkahwinan daripada jarak jauh yang sukar untuk musafir”.
[al-makmuj 14/97 dan al-Mughni 10/254]

Dalam hadis kisah perwakilan Abu Rafi, al-Shawkani berkata :

وفيه دليل على جواز التوكيل في عقد النكاح من الزوج
“Dan padanya dalil menunjukkan harus perwakilan dalam akad nikah daripada pihak lelaki”.

Rujuk Nayl al-Awtar, Kitab al-Wakalah, Bab ma yajuz al-tawkil fihi minal uqud

Wallahualam

http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

Hukum memakai gelang tangan kesihatan bagi lelaki



Salam, 
Semoga mendapat panduan dari pembacaan dibawah.

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh
menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"? 

Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi
apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun... sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-


1) Gelang Kayu koka


2) Gelang Kristal


3) Gelang Tasbih


4) Gelang Besi magnet



5) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)


Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.



Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Dosa Simpan Foto Teman Wanita Dalam Dompet?

BERDOSAKAH saya jika menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet?

HANYA sekadar menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet tidak berdosa.

Bagaimanapun, perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur dan perkara haram seperti terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya.

Selain itu ada pendapat yang mengharamkan simpanan gambar berkenaan. Maka lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.

- Dr. Abdul Salam

Hukum Minyak Wangi ber Alkohol.



Q: Apa hukum minyak wangi yang ada alkohol? Sahkah solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol?


A: Pertama, saya ingin jelaskan bahawa alkohol bukanlah najis. Oleh itu minyak wangi yang ada alkohol tidak najis dan solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol juga adalah sah.

Persoalan alkohol berpunca dari kekeliruan tentang arak kerana dalam arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan untuk arak sehingga difaham bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak (alkoholik adalah merujuk pada orang yang ketagihan arak). Maka orang menghukum alkohol sama seperti arak - najis dan haram.

Sebenarnya tidak begitu. Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis. Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu.

Yang haram dan najis adalah arak. Yang mudarat adalah arak. Yang memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram". Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat dengannya tidak sah.

Tapi ingat! Jika ada minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis yang lain seperti bahan tertentu yang diambil dari binatang atau organ manusia maka minyak wangi itu adalah najis serta haram digunakan dan solat dengannya tidak sah.

Panduan umum tentang minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis seperti itu adalah harganya yang mahal... Biasanya minyak wangi yang murah tidak mengandungi bahan najis tersebut... Terkecuali dari panduan umum ini minyak wangi yang menggunakan bahan yang sukar diperoleh seperti kasturi, ambar, gaharu dll kerana kadang2 harganya juga mahal...


--------------------------------------------------------------------------------
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapatsetitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. 

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbasmelalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat. 


Sumber: Zaharudin.Net (Hukum perfume Alkohol)

--------------------------------------------------------------------------------

Soalan : 
Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah sembahyang kita. Tolong jelaskan.. 

Jawapan : 
Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Hal ini keranaalkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.. 

Sumber: JAKIM

Di Sambar Petir Sebanyak 2 kali | Masih Hidup

 
 













[kosmo] NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).

Ketika kejadian, mangsa disambar 


petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian.

Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.

Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian. 

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. - Agensi

P/s: Ajal belum menjemput si lelaki itu....


  
Creadit To : Demo LaNie