Tuesday, 17 May 2011

Dosa Simpan Foto Teman Wanita Dalam Dompet?

BERDOSAKAH saya jika menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet?

HANYA sekadar menyimpan gambar teman wanita di dalam dompet tidak berdosa.

Bagaimanapun, perbuatan itu menjadi dosa apabila gambar itu mempunyai unsur dan perkara haram seperti terbuka aurat, merangsang nafsu dan sebagainya.

Selain itu ada pendapat yang mengharamkan simpanan gambar berkenaan. Maka lebih baik mengelak daripada berbuat demikian.

- Dr. Abdul Salam

Hukum Minyak Wangi ber Alkohol.



Q: Apa hukum minyak wangi yang ada alkohol? Sahkah solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol?


A: Pertama, saya ingin jelaskan bahawa alkohol bukanlah najis. Oleh itu minyak wangi yang ada alkohol tidak najis dan solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol juga adalah sah.

Persoalan alkohol berpunca dari kekeliruan tentang arak kerana dalam arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan untuk arak sehingga difaham bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak (alkoholik adalah merujuk pada orang yang ketagihan arak). Maka orang menghukum alkohol sama seperti arak - najis dan haram.

Sebenarnya tidak begitu. Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis. Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu.

Yang haram dan najis adalah arak. Yang mudarat adalah arak. Yang memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram". Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat dengannya tidak sah.

Tapi ingat! Jika ada minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis yang lain seperti bahan tertentu yang diambil dari binatang atau organ manusia maka minyak wangi itu adalah najis serta haram digunakan dan solat dengannya tidak sah.

Panduan umum tentang minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis seperti itu adalah harganya yang mahal... Biasanya minyak wangi yang murah tidak mengandungi bahan najis tersebut... Terkecuali dari panduan umum ini minyak wangi yang menggunakan bahan yang sukar diperoleh seperti kasturi, ambar, gaharu dll kerana kadang2 harganya juga mahal...


--------------------------------------------------------------------------------
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapatsetitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. 

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbasmelalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat. 


Sumber: Zaharudin.Net (Hukum perfume Alkohol)

--------------------------------------------------------------------------------

Soalan : 
Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah sembahyang kita. Tolong jelaskan.. 

Jawapan : 
Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Hal ini keranaalkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.. 

Sumber: JAKIM

Di Sambar Petir Sebanyak 2 kali | Masih Hidup

 
 













[kosmo] NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).

Ketika kejadian, mangsa disambar 


petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian.

Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.

Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian. 

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. - Agensi

P/s: Ajal belum menjemput si lelaki itu....


  
Creadit To : Demo LaNie

Kenderaan di udara

Kapal terbang adalah makhluk angkasa yang tercipta hasil nukilan minda manusia.Sebuah kelahiran komposit  yang ditempa dari aluminium 'plus' fiber glass yang lasak dan ringan 'plus' logam yang tahan haba tinggi dan tahan karat.Ianya terlahir setelah Tuhan menganugerahkan akal kepada manusia dengan melihat burung-burung yang beterbangan di kaki-kaki langit.

Setelah kejayaan penerbangan pertama yang digembar-gemburkan oleh Wright-brothers,kesinambungan penciptaan makhluk angkasa ini tak terputus begitu sahaja umpama rambut kering yang tak disyampu.
Pencaknaan akal masih berterusan sehingga kini lalu muncul lah 'variety' burung-burung besi ini. Mungkin ramai yang tahu akan kepelbagaian penciptaan ini,jadi 'entry' ini dihasilkan untuk memberi peluang kepada sesiapa yang belum tahu atau tertengok mahu pun terfikir.

























Mengenal Roh 5 ( Takrif Rohani )

Takrif Rohani kepada Ahli Syariat :-
Rohani itu adalah berhimpun tujuh perkara :-
1.       Hati
2.       Niat
3.       Ikhlas
4.       Ilmu
5.       Cita-cita
6.       Tasdiq
7.       Mahgrifat
      Ahli Syariat berpendapat yang dinamakan Rohani itu adalah didalam tubuhnya berpandukan martabat Firman,”Tiap2 yang bernyawa itu mati”, maka yang bernama Rohani itu keluarlah daripada jasadnya.
Takrif Rohani kepada Ahli Tarikat:-
      Ahli Tarikat berpendapat yang bernama Rohani itu ialah nyawa yang keluar masuk melalui dua lubang hidungnya berpandukan martabat Firman,”Tiap2 yang bernyawa itu mati”, maka yang bernama Rohani itu keluarlah daripada jasadnya.
Takrif Rohani kepada Ahli Hakikat:-
      Ahli Hakikat berpendapat yang dinamakan Rohani itu ialah Sifat Fardhu, maka dinamakan Fardhu Ma’ani.  Fardhu Ma’ani itu:-
1.       Haiyun (hidup)
2.       Ilmu (tahu)
3.       Kudrat (kuasa)
4.       Iradat (berkehendak)
5.       Samaq (dengar)
6.       Basar (lihat)
7.       Kalam (berkata-kata)
Maka Rohani itulah nyawa pada orang2 yang Mukmin dan tubuh pada Rohani itulah dinamakan Jasmani. Diri kita diakhirat itulah Rohani dan Jasmani. Rohani itulah yang bernama Muhammad. Erti Rohani itu perbendaharaan dalam tempat kecintaan Tuhan. Jadilah Rohani itu dengan kajian ilmu yang bernama Ilmu Rohani. Barangsiapa mengenal Rohnya, maka bergembiralah ia diakhirat. Sebaliknya barangsiapa yang tiada mengenal Rohnya, maka dukacitalah ia diakhirat.
Takrif Rohani kepada Ahli Maghrifat:-
Ahli Maghrifat berpendapat bahawa Rohani itu adalah satu Mufrad Nurani. Rohani itu ialah Afa’al Muhammad, maka nyawa Rohani itu bernama Roh Izapi dan Rohani itu dikehendaki menjadi hati kepada orang2 Mukmin kerana segala pekerjaan dunia ini adalah dengan Rohani. Rohani itulah hati yang dinamakan Latifatul Kalb. Bayang2 Rohani itu dinamakan Jasmani. Maka hendaklah seseorang itu mengingati Rohaninya setiap hari. Orang2 yang tidak berdamping dengan Rohaninya belumlah sempurna darjatnya dengan Insan Kamil Wa Kamil. Dalam al-Quran mengatakan:-
“Senanglah Roh2 yang telah beramal soleh masa hidupnya. Azablah Roh2 yang telah membuat maksiat dalam hidupnya”.
Rugilah mereka yang tidak mengenal  nyawanya (Rohani). Beruntunglah mereka yang mengenal nyawanya (Rohani). Maka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Rohani iaitu hati kita yang beriman kepada Allah dan diri kita diakhirat, pelajarilah ilmu Rohani untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Hadis mengatakan,” Barangsiapa derhaka kepada guru (Mursyid) adalah jadi kafir. Hanya Imam Abu Hassan Basri bila muridnya yang benar Wasil yang derhaka kepadanya hanya dinamakannya MUKTAZILLAH sahaja. Maka dari Wasil itulah pengasas mazhab MUKTAZILLAH sedunia. Memang peristiwa murid yang mempelajari ilmu maghrifat ada yang derhaka kepada gurunya yang mursyid dalam tiap2 masa dan zaman. Oleh kerana demikian jarang2 Arifin Billah yang mahu mengajar pada semua orang tentang ilmu maghrifat..
Sebagaimana yang difahamkan oleh ahli Rohaniah bahawa semua nyawa yang ada dalam alam ini adalah daripada terpancarnya Rohul Qudus, yang memakai Sifat Jalal dan Jamal yang tidak ada kepadanya ialah sifat2 Kamal dan Kahar. Daripada Rohul Qudus itula terbit amalan yang dinamakan oleh ahli Sufi:-
  1. SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH
  2. SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH
Hanya mereka yang tahu Syuhud yang dua itu sahaja yang beroleh sembahyang Daiem yang dikatakan sebenar-benar beramal soleh. Orang2 yang tidak mempelajari ilmu Tasauf dari guru yang mursyid walaupun ia pandai dalam ilmu Usulludin, tetapi pada hakikatnya tetap tidak akan kenal akan nyawanya yang sebenar dan tubuhnya tetap sebagai orang2 awam juga. Dengan itu maka jadilah:-
  1. Takkan sama ilmu seorang Nabi dengan Rasulullah SAW
  2. Takkan sama ilmu seorang Sufi dengan Nabi2
  3. Takkan sama ilmu orang2 Syariat dengan orang2 Sufi
  4. Takkan sama ilmu orang2 awam dengan orang2 Rohaniah
  5. Takkan sama ilmu orang2 yang membaca kitab2 tanpa guru dengan orang2 yang berguru. ( Orang2 yang membaca kitab2 tanpa guru adalah syaitan gurunya )
Oleh itu menjadi syarat pada orang2 yang ingin mempelajari ilmu yang delapan (salah satunya ialah ilmuTasauf)  berhati-hati jangan berguru dengan guru yang derhaka kepada gurunya. Kesesatan yang banyak berlaku pada mereka yang mempelajari Ilmu Batin kerana berguru pada guru2 yang berasal gurunya derhaka kepada gurunya, maka faham yang demikian rupalah yang tidak mengambil berat akan perintah syariat dengan alasan mengetahui Daiem padahal Daiem yang tidak benar.
Tidak ada Nabi2 yang meninggalkan Syariat
Tidak ada Wali2 Allah yang meninggalkan Syariat kecuali apabila ia Majzub, Wujdan dan Fana Kamil
Tidak ada ugama yang tidak sembahyang
Maka sembahyang yang diredhai dan diterima Tuhan ialah sembahyang yang datangnya dari ajaran Rasulullah SAW tanpa tambah dan kurang dan tanpa alih bahasa, ia tetap dalam konteks bahasa Arab. Perbezaannya tak akan sama sembahyang seorang ahli takwa dengan seorang awam walaupun bacaannya sama kerana sembahyang itu berkehendakan:-
  1. Tubuhnya sembahyang
  2. Hatinya sembahyang
  3. Jiwanya sembahyang
  4. Nyawanya sembahyang
  5. Rahsianya pun sembahyang
Maka semuanya diatas bersatu menyembah Tuhan yang Maha Esa. Jika satu sama lain tidak bersatu dalam satu gus maka jadilah pura2 namanya. Maka roh2 yang tersebut terpaksa sembahyang bersama-sama tubuhnya itu.

Uban Adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin

Al Baihaqi membawakan sebuah pasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban –walaupun sehelai- dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah -yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban- dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikandan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.” Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة

“Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH.


HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH.
Kami paparkan sebilangan hadis yang menjadi dalil dan sandaran bagi Berdoa Secara Berjemaah Selepas Solat Fardhu, di antaranya:
1. Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya Al-Ausath daripada Qais Al-Madani: “…Waktu aku, Abu Hurairah dan seorang sahabat sedang berdoa dan berzikir mengingati Tuhan kami Azzawajalla di dalam masjid, tiba-tiba menuju Rasulullah ke arah kami dan duduk bersama-sama, kami pun berdiam diri, lalu ia bersabda: “Kembalilah kepada apa yang sedang kamu lakukan.” Berkata Zaid: “lalu aku serta sahabatku berdoa sebelum berdoanya Abu Hurairah lalu baginda mengaminkan doa kami…”
2. Megeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”
3. Tersebut di dalam Sahih Muslim pada Bab Harus Berjemaah Pada Solat Sunat. Selepas Nabi s.a.w bersolat sunat berjemaah bersama-sama dengan Anas, emak dan emak saudaranya lalu baginda berdoa dengan secara berjemaah. Hadisnya secara ringkas: “Maka sembahyang Nabi dengan kami… kemudian ia mendoakan kami ahli rumah dengan setiap kebaikan dunia dan akhirat… dan adalah akhir doanya bagiku: “Ya Allah! perbanyak dan berkatilah harta dan anaknya, Anas.”
4. Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya Al-Kabir daripada Ibnu Abbas dan di dalam Al-Ausath daripada Ibnu Omar, berkata keduanya: “Setelah sembahyang Rasulullah s.a.w solat Subuh, kemudian baginda menghadap kaumnya lalu berdoa, “Ya Allah! berkatilah kami pada bandar kami dan berkatilah pada cupak kami dan gantang kami.”
Telah menyebut kedua hadis ini oleh As-Samhudi di dalam Al-Wafaa dan rijal keduanya kuat, sebagaimana katanya.
Berkata Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad Yusuf Al-Binuri di dalam kitabnya Maarifussunan (Jilid 3, muka 123): “Maka ini (hadis di atas) dan hadis seumpamanya pada bab ini ialah memadai sebagai hujjah (dalil) bagi perkara yang dibuat secara beradat oleh manusia pada sekalian negeri, iaitu berdoa secara berjemaah selepas sembahyang. Kerana inilah juga telah menyebut Fuqaha kami (ahli feqah bermazhab Hanafi)…… dan berkata Imam Nawawi dalam Syarah Muhazzab: “Berdoa disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang bersembahyang seorang diri mengiringi sekalian sembahyang dengan ketiadaan khilaf ulama’ dan katanya lagi: “Disunatkan berhadap imam ke arah makmum dan berdoa.”
2
KETERANGAN.
1. Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa :
(i) Disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang sembahyang seorang diri, berdoa selepas solat fardhu dan sunat.
(ii) Disunatkan bagi imam, berdoa secara berjemaah bersama-sama makmum selepas solat fardhu dan sunat, jika hendak mengajar makmum atau menghendaki mereka mengaminkan doanya.
(iii) Disunatkan bagi makmum mengaminkan doa imam. (sebagaimana sabit dengan hadis 1 dan 2).
(iv) Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika berdoa.
Peringatan!
Telah sabit dengan sandaran hadis-hadis bahawa disunatkan menyapu muka dengan kedua belah tangan selepas berdoa.
Adapun berdalil pada masalah ini, tidak semestinya dengan hadis yang terang-terang menyatakan Nabi s.a.w berdoa secara berjemaah selepas Solat Fardhu, kerana apabila ‘Doa Secara Berjemaah’ itu sendiri telah sabit dengan sandaran hads-hadis di atas, memadailah ia sebagai dalil boleh mengerjakannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi amalan berdoa secara berjemaah ini dilakukan pada waktu yang disunatkan berdoa, iaitu selepas menunaikan solat fardhu.
Masalah ini seumpama dengan masalah Tazkirah (peringatan/ceramah) selepas solat Tarawih. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan Nabi dan Sayyidina Omar mengerjakannya selepas Tarawih. Oleh itu, tidak boleh sekali-kali menuduh mereka yang mengerjakannya sebagai pembuat bid’ah, kerana Tazkirah itu sendiri ada sandaran dalil syara’, lebih-lebih lagi dilakukan di bulan Ramadhan. Walaupun sandarannya itu tidak secara terang-terang menyatakan selepas Tarawih. Begitu juga masalah selawat ke atas Nabi s.a.w yang menyelangi Solat Tarawih dan Solat Tasbih berjemaah pada malam Aidilfitri.
2. Jika diterima perkataan mereka bahawa dalil pada mengerjakan sesuatu perkara itu hendaklah secara terang-terang, maka dalil yang melarang melakukan sesuatu perkara juga mestilah secara terang-terang, kerana firman Allah s.w.t :
وما آ تا كم الرسولُ فخذوه وما نهَا كم عنه فانتهوا . ( الحشر أية : 7 )
Maksudnya: “Apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu, hendaklah kamu lakukan dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.”
Bahkan tidak ada satu pun dalil yang terang-terang di dalam kitab-kitab hadis yang melarang berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu, maka batallah perkataan mereka itu dan masuklah masalah berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu ini di dalam perkara yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu ( وما آتاكم الرسول ) kerana ianya disandarkan dengan dalil-dalil syara’.
3
3. Jika sesuatu perkara tidak disandarkan dengan sesuatu daripada kaedah-kaedah syara’ dan dalil-dalilnya yang umum, bolehlah dikatakan perkara tersebut itu bid’ah.
( الحديث ) مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ منه فهو رَدٌّ
Maksudnya: “Sesiapa yang mereka-reka pada urusan kami (syara’ kami) sesuatu perkara yang bukan daripada syara’ kami, maka perkara tersebut ditolak.”
Mentafsir Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam Fathul-Mubin pada lafaz ” ما لَيْسَ منه “ (sesuatu perkara yang bukan daripada syara’ kami) dengan katanya: “Daripada perkara yang menyalahi syara’ kami atau perkara yang tiada suatu sokongan pun daripada kaedah-kaedah syara’ kami dan dalil-dalilnya yang umum.”
Berkata Imam Syafie: “Perkara yang direka-reka dan menyalahi Qur’an, sunnah, ijma’ ulama’ atau sandaran daripada sahabat, maka ianya daripada bid’ah yang sesat dan perkara yang direka-reka daripada kebaikan sedangkan tidak menyalahi sesuatu daripada yang tersebut, maka ianya daripada bid’ah yang elok.”
4. Oleh itu, perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w atau sahabat, tidak semestinya perkara itu Bid’ah Dhalalah. Contohnya seperti menitik ayat Qur’an dan membariskannya, membahagikan ilmu kepada berbagai-bagai bahagian serta membuat istilah dan kaedah bagi setiap bahagian ilmu seperti ilmu Feqah, Usuluddin, Tasawuf, Tatabahasa Arab, ilmu Ma’ani, ilmu Bayan, ilmu Mantik, ilmu Sya’ir, Usul Tafsir, Mustalah Hadis dan lain-lain, mengarang kitab- kitab ilmu, menubuhkan gerakan-gerakan Islam, mendirikan madrasah pengajian, mensistemkan pembelajaran dan sebagainya.
Tidaklah mereka yang membid’ahkan doa berjemaah selepas solat fardhu, melainkan disebabkan kejahilan dan ketakburan. Janganlah kita terpedaya dengan mereka yang memfasikkan orang mukmin dan memecahbelahkan Umat Islam. Hendaklah kita menuruti jejak langkah ulama’ dahulu yang muktabar dengan mempelajari ilmu daripada ahlinya supaya tidak tersesat dan menyesatkan.
والله أعلم
PERINGATAN
Pembetulan pada:
HADIS SUNAT BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG
Hadis No:3) Hadis Abi Hurairah, ditanyakan Nabi s.a.w: “Ya Rasulullah! bilakah doa yang terlebih segera diperkenankan?Bersabdanya: “Doa selepas solat fardhu ( بَعْدَ الْمَكْتوبَة ) terlebih afdhal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”
Yang Betulnya ialah:
Sesungguhnya Turmizi mengeluarkan hadis Abi Umamah: “ Dikatakan: Wahai Rasullullah saw: Manakah doa yang terlebih utama diperkenankan? Baginda menjawab: Tengah malam yang akhir dan selepas solat fardhu (dubura solawati maktubah).” Turmizi berkata: Hadis ini hasan.
HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH.
2. Megeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”
Yang Betulnya ialah: Mengeluarkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hubairah daripada Habib bin Maslamah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah perkenankan doa mereka.”
Dikeluarkan oleh:
Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim
Pelajar Pondok Pasir Tumbuh,
Kota Bahru, Kelantan.