Friday, 8 April 2011
SERUAN MEMANGGIL DAI'E
TARBIAH 1 PAGI (QIAMULAIL)
TARIKH: 10/4/2011
HARI: AHAD
MASA: 4.30 PAGI
TEMPAT : MASJID AS-SYAFIE
~TENTATIF RINGKAS PROGRAM~
QIAMULAIL (BERJEMAAH)
SOLAT SUBUH
AL-MATHURAT
MASAK DIDAPUR MASJID
TAZKIRAH
SARAPAN BERSAMA-SAMA
ITC GEN 6 2011/2012
~SELANGKAH UKHWAH MENGORAK TARBIAH~
~~LAPORAN USRAH KUBRO~~
![]() |
| USRAH TITIAN FIKRAH |
SALAM PERJUANGAN BUAT PEJUANG2 AGAMA ALLAH.....semoga iman dan amal kita yazid dari hari ke hari. Lihatlah di mana-mana sahabat2 sekalian. Nikmat Allah tak terbayar dek wang ringgit. Rahmat Allah tak terhitung dek jari yang kerdil. Layakkah kita mempersoalkan apabila kita perlu menginfakkan sedikit rung masa utk jalan Allah ini? Layakkah kita untuk berkira sedangkn nikmat Allah yg dikurniakan kpada kita tak terkira berapa banyaknya. Apalah sangat sumbangan kita pada agama. Tak pernah luka parah membela agama. Tak pernah patah kudung demi dakwah di jalanNya. MasyaAllah....semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan tak pernah lokek dalam perjuangan.
Di atas sebagai peringatan bersama. Semoga kita mengambil intipati yang bermakna dan jadikannya pedoman dalam mengharungi hidup. Dalam usrah kubro yang telah dijalankan pada 3/4/2011 yang lepas,ahli2 ITC telah mengupas isu IKHTILAT DAN AURAT. TERPELIHARA ATAU TERPEJARA??pelbagai kesimpulan dan isi2 penting yang dapat kita rangkumkan.
:::::PUNCA BERLAKU IKHTILAT::::::
- bermula daripada perkara biasa
- penyalahgunaan ICT
- kurang penghayatan islam
- peranan pemimpin yg kurang jelas
- suasana tempat kita belajar(pengaruh persekitaran)
- tingkahlaku harian
:::::IKHTILAT YG BERLAKU DALAM IPG KPI SENDIRI::::
- salahguna kuasa kebebasan dalam kelas
- 'sosial' yang sudah terbiasa daripada skolah lagi
- peramah yg melampau
- laman sosial yg menyumbang kepada ikhtilat
::::AKIBAT BURUK IKHTILAT YANG TIDAK DIJAGA::::
- zina berleluasa
- mendapat dosa
- ramai anak luar nikah
- orang bukan islam memandang serong kepada islam
PENYELESAIANNYA BAGAIMANA??????
:::CARA DAKWAH UNTUK BENTERAS IKHTILAT::::
- edar risalah
-qudwah hasanah
- anjurkan program/seminar pembenterasan ikhtilat
- dekati mad'u
- banyakkan xtvt yang melibatkan satu jantina
:::CARA PERGAULAN DALAM ISLAM:::
- menjaga batasan yang telah disyariatkan
- elakkan gurau senda yg berlebihan
- mempercepatkan urusan
- tidajk berdua-duaan
- tidak melunakkan suara kita
- berjumpa di tempat yg sesuai
:::PERANAN GURU DALAM MEMBENTERAS IKHILAT::::
- kuatkuasakan peraturan pemakaian
- menasihati ke arah kebaikan
- pembahagian dalam gerak kerja mestilah seboleh2nya mengelakkan ikhtilat
- memberikan kefahman tentang ikhtilat itu
- mendekati para pelajar
- program/minggu penghayatn islam
kesimpulannya: IKHTILAT PADA MASA INI ,MUSTAHIL UTK DISIFARKAN. TAPI BERUSAHALAH KE ARAH UTK MENGURANGINYA....
![]() |
| JAGA BATASAN BILA BERSAMA |
p/s: Maaf lambat update pasal laporan ni... lujnah yg bertugas minggu ini, LUJNAH DKWAH DAN SAHSIAH, SILA ALERT...PASTIKAN BOG DI'UPDATE AT LEAST SATU KALI DALAM TEMPOH 5 HARI ANDA BERTUGAS...
Thursday, 31 March 2011
~~MOH G USRAH KUBROOO~~
ASSALAMUALAIKUM TENTERA TENTARA ALLAH SEKALIAN
USRAH KUBRO ITC GEN 6
TARIKH: 3/4/2011
MASA: 8.00 MALAM
TEMPAT: BILIK TARANUM
TAJUK: IKHTILAT DAN AURAT...TERPELIHARA ATAU TERPENJARA???
TENTATIF RINGKAS PROGRAM :
SOLAT MAGHRIB
PENGISIAN TENTANG TAJUK DIDALAM KUMPULAN
RESOLUSI DARIPADA TETAMU JEMPUTAN
JAMUAN RINGAN
SOLAT ISYAK
BERSURAI
P/S:
KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN KEPADA SETIAP AHLI ITC GEN 6
SILA BAWA BERSAMA WANG BERJUMLAH RM5 BAGI SESIAPA YANG BELUM MENJELASKAN YURAN
"USRAH TITIAN FIKRAH"
SELANGKAH UKHWAH MENGORAK TARBIAH
Tuesday, 29 March 2011
Mustahilkah untuk Berubahh??????
Assalamualaikum tentera-tentera Allah sekalian
Mustahilkah? Susahkah?
~~Pasti jawapannya tidak mustahil.~~
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.
- Artikel iluvislam.com
Monday, 28 March 2011
kejahatan itu bukan satu kebetulan
Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.
Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya... rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan... tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat... pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri... ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah 'peringatan' yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa... tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!
Tuesday, 8 March 2011
~KeRaNa SeBiji TeMbiKai~
"Rukun iman yang keenam menjelaskan bahawasanya sebagai umat islam adalah wajib bagi kita untuk mempercayai qada' dan qadar Allah iaitu ketentuan Allah swt.hanya kerana sebiji tembikai iman isteri seorang safi bergelar Syaqiq Al- Balkhi teruji....iman kita bgmn pula? tepuk dada tanyalah iman...peringatan buat diriku dan teman-teman semua.....
* Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Lalu bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq meneruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”
Lantas menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Wednesday, 2 March 2011
Laporan usrah sughro muslimat itc Gen 6
ASSALAMUALAIKUM TENTERA-TENTERA ALLAH SEKALIAN
TARIKH: 27/02/2011(AHAD)
MASA: 7.15p.m-9.15p.m
TEMPAT: SURAU BLOK C
TENTATIF RINGKAS PROGRAM:
-SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
-USRAH KUMPULAN
-SOLUSI
-SOLAT ISYAK BERJEMAAH
Alhamdulillah selesai solat maghrib berjemaah, sahabat2 muslimat bergerak kedalam usrah masing-masing. Pada asalnya, usrah muslimat terbahagi kepada 5 kumpulan, namun disebabkan ada sahabat2 muslimat yang terlibat dengan BIG (Bina Insan Guru), kumpulan usrah terpaksa dikecilkan menjadi 3 kumpulan. Namun ini tidak menghalang pergerakan usrah sughro pada malam itu.
Setiap kumpulan usrah ditaklifkan untuk membincangkan tajuk2 yang telah diberikan berdasarkan silibus Usrah Sughro PISMP SEM 1 daripada pihak MTEN.
Tadarus Al-quran surah Al-Maidah ayat 83-120 dilaksanakan sebelum perbincangan dimulakan
Antara tajuk2 yang dibincangkan didalam kumpulan usrah ialah:
Kumpulan usrah 1:
· Hadith 3
· Isu semasa: Revolusi Islam Timur Tengah
Kumpulan usrah 2:
· Bab 1 didalam buku “SHAMAIL TIRMIDHI, KHASAIL NABAWI, syarah SHAMAIL MUHAMMADIYAH” (RAUT WAJAH RASULULLAH)
· Isu semasa: Revolusi Islam Timur Tengah
Kumpulan usrah 3:
· Tafsir surah Al-Humazah
· Isu semasa: Revolusi Islam Timur Tengah
Intipati Perbincangan
v Hadith 3:
عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: ( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ ). رواه البخاري ومسلم
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. " diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas serta cabang-cabangnya.
2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
· Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir.
· Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma).
· Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) – fasiq
· . Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura – munafiq
Formula matematik: 5-1=4
Formula rukun islam: 5-1=0
3) Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya
–tetapi bagi yang mampu wajib disegerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikekang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.
Puasa - syahwat dikekang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.
Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.
v Bab 1 didalam buku “SHAMAIL TIRMIDHI, KHASAIL NABAWI, syarah SHAMAIL MUHAMMADIYAH” (RAUT WAJAH RASULULLAH)
Dalam bab ini, terdapat hadith2 yg menerangkan raut wajah Rasulullah yg mulia. Adalah mustahil untuk menerangkan perihal kecantikan sebenar baginda yang hakiki dan tepat. Menggambarkan mnerusi kalam adalah diluar kemampuan seseorang, namun para sahabat telah cuba menerangkan menurut keupayaan mereka.
Antara ciri2 raut wajah rasulullah berdasarkan hadithyg terdapat didalam buku “SHAMAIL TIRMIDHI, KHASAIL NABAWI, syarah SHAMAIL MUHAMMADIYAH
· Wajah yang berkilau bak bulan purnama
· Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah
· Bertubuh sasa, berdada bidang, tidak terlalu gemuk dan tidak pula terlalu kurus
· Rambutnya tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting, namun ianya beralun sedikit
· Wajahnya putih kemerah-merahan
· Berjalan dengan tertib
· Menundukkan pandangan
· Hidung yang mancung
· Dikhabarkan rasulullah sangat bersih, cantik dan kacak seakan-akan badannya disaluti dan dibentuk daripada perak.
· Dan banyak lagi.
v Tafsir surah Al-Humazah
1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung[1600],
3. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya,
4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
7. Yang (membakar) sampai ke hati.
8. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
9. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
[1600] maksudnya mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang karenanya dia menjadi kedekut dan tidak mahu menafkahkannya di jalan Allah.
Tafsir surah
· Terdapat 3 golongan yang akan ke neraka
ü GOLONGAN HUMAZAH (PENGUMPAT)
ü GOLONGAN LUMAZAH (PENCELA)
ü GOLONGAN PENGUMPUL HARTA DAN MENGAGUNG-AGUNGKANNYA(TIDAK MENGINFAKKANNYA)
· Ketiga-tiga golongan ini akan dimasukkan kedalam neraka Hutamah
ü Antara ciri-ciri neraka hutamah
Subscribe to:
Posts (Atom)


