Assalamualaikum...
Minta perhatian,kepada semua ahli itc muslimat..Insyaallah pada hari rabu dan khamis ini(20&21/4/2011),kita akan mengadakan akyiviti riadah bersama-sama.
tempat:padang berdekatan blok perempuan
masa:5.00 petang
kehadiran adalah diwajibkan..bagi sesiapa yang mempunyai sebarang musyaqqah,sila maklumkan ketidakhadiran anda kepada ketua usrah masing-masing..harap maklum
mari..sama-sama cergaskan diri,tautkan ukhuwah..semarakkan tarbiah~
p/s:minuman disediakan (n_n)
Monday, 18 April 2011
Saturday, 16 April 2011
~MUDAHNYA MENGELUH, SUKARNYA BERSYUKUR~
APABILA....
* kita dibebankan dengan kerja,
kita MENGELUH.
* kita berhadapan rakan yang tidak ‘sekepala’, kita MENGELUH.
~ Adakah MENGELUH menyelesaikan masalah?~
- Seorang alim pernah menasihati Khalifah Harun Al-Rasyid,
“ Wahai khalifah, janganlah engkau mengeluh dalam
urusan yang diamanahkan kepadamu, kerana itu
bermakna kamu tidak redha dengan apa yang
Allah tetapkan untukmu.”
urusan yang diamanahkan kepadamu, kerana itu
bermakna kamu tidak redha dengan apa yang
Allah tetapkan untukmu.”
Fikir-fikirkanlah…
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ "BERHENTI MENGELUH,
MULAI BERSYUKUR"
~ TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA ~
~ALHAMDULILLAH FI KULLI HAL YA ALLAH~
KE MANA HALA TUJU KITA??
Wahai orang Islam (Melayu),
Ke mana HALA TUJU kita?
Ke mana HALA TUJU kita?
Kita hendak bangunkan bangsa macam mana?
Membangunkan bangsa mestilah semua golongan terlibat mengikut bidangnya.
Tentulah kita hendak membangun bangsa yang berwibawa
Bangsa yang ada jati diri, yang tahan diuji,
Bangsa yang sanggup berjuang, berkorban, sanggup terkorban,
sanggup susah dan menderita.
Orang Melayu tidak boleh dipisah dengan agama (Islam).
Kalau dipisah dari agama,
Jati diri akan tiada,ibarat dicabut nyawa,
Melayu atau bangsa itu hanya rangka,
agama itu roh atau jiwanya atau nyawanya.
Kalau orang Melayu hanya tinggal rangka,
pegangannya rapuh, hilanglah kekuatanya,
Jati diri itu adalah agamanya yang diamal dan dihayati di dalam jiwa,
Bangsa tidak boleh dipisahkan dari agama (Islam).
Kalau hendak membangunkan bangsa yang berwibawa,
berjiwa besar,jati diri mesti ada!
Setiap golongan mestilah program hidupnya ke arah
membangunkan jati diri dan wibawa bangsa.
Terlonjak-lonjak, terpekik-pekik dan terlolong-lolong di atas pentas
dengan pakaian seksi
Apakah ia boleh membangunkan jati diri?
Kita semua boleh menjawabnya,
Kalau saya yang menjawabnya takut tidak boleh diterima.
Kemudian pamerkan satu budaya,
ketawa terbahak-bahak,
bercakap tidak tentu macam orang gila,
Apakah boleh membangunkan wibawa bangsa?
membangunkan jati diri dan wibawa bangsa.
Terlonjak-lonjak, terpekik-pekik dan terlolong-lolong di atas pentas
dengan pakaian seksi
Apakah ia boleh membangunkan jati diri?
Kita semua boleh menjawabnya,
Kalau saya yang menjawabnya takut tidak boleh diterima.
Kemudian pamerkan satu budaya,
ketawa terbahak-bahak,
bercakap tidak tentu macam orang gila,
Apakah boleh membangunkan wibawa bangsa?
Kita semua orang Melayu kena jawablah
Kalau saya menjawabnya mungkin tidak boleh diterima bersama,
Kita galakkan bergaul bebas laki-laki perempuan di dalam kehidupan,
pakaian menjolok mata pula.
Bolehkah mendorong orang Melayu berkorban untuk bangsa dan agama?
Kita orang Melayu kenalah jawab yang membina!
Pendidikan kita apakah menjamin lahir darinya boleh berkasih sayang,
boleh bersatu, rasa bersama, bekerjasama, peri kemanusiaannya tinggi,
bertimbang rasa, bela-membela?
Kita semua kenalah menjawabnya!
Hasilnya kita telah lihat bersama! Natijahnya kita telah saksi
bersama, mudah menjawabnya bukan?!
Buahnya sudah sama-sama kita makan dan merasa, maniskah atau pahit?
Saya tidak suka menjawab seorang sahaja,
nanti ada yang tidak boleh menerima
Mestilah dijawab dengan fikiran yang rasional,
dari jiwa yang insaf,
dari hati yang ikhlas
dari hati yang ikhlas
dari rasa tanggungjawab.
Sungguh banyak perkara kita kena jawab dengan jiwa yang insaf,
Mungkin payah lidah kita hendak menjawab secara tepat,
Apakah kita boleh menjawab dengan memuaskan?
Sungguh banyak perkara kita kena jawab dengan jiwa yang insaf,
Mungkin payah lidah kita hendak menjawab secara tepat,
Apakah kita boleh menjawab dengan memuaskan?
Friday, 15 April 2011
Doa Wehdah
لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً
و نحن له مسلمون
لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون
لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده
فله المُلكُ
و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ
لا يموت
بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير
الله أكـــبر
Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami yang terdahulu
Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan
Bagi ALlah segala kerajaan,
bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup
dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar
AWAS!!!! MATI ITU SENTIASA MENGHAMPIRI...
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)
Huraian Hadith:
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.
2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.
3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.
4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.
Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.
كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)
Friday, 8 April 2011
SERUAN MEMANGGIL DAI'E
TARBIAH 1 PAGI (QIAMULAIL)
TARIKH: 10/4/2011
HARI: AHAD
MASA: 4.30 PAGI
TEMPAT : MASJID AS-SYAFIE
~TENTATIF RINGKAS PROGRAM~
QIAMULAIL (BERJEMAAH)
SOLAT SUBUH
AL-MATHURAT
MASAK DIDAPUR MASJID
TAZKIRAH
SARAPAN BERSAMA-SAMA
ITC GEN 6 2011/2012
~SELANGKAH UKHWAH MENGORAK TARBIAH~
~~LAPORAN USRAH KUBRO~~
![]() |
| USRAH TITIAN FIKRAH |
SALAM PERJUANGAN BUAT PEJUANG2 AGAMA ALLAH.....semoga iman dan amal kita yazid dari hari ke hari. Lihatlah di mana-mana sahabat2 sekalian. Nikmat Allah tak terbayar dek wang ringgit. Rahmat Allah tak terhitung dek jari yang kerdil. Layakkah kita mempersoalkan apabila kita perlu menginfakkan sedikit rung masa utk jalan Allah ini? Layakkah kita untuk berkira sedangkn nikmat Allah yg dikurniakan kpada kita tak terkira berapa banyaknya. Apalah sangat sumbangan kita pada agama. Tak pernah luka parah membela agama. Tak pernah patah kudung demi dakwah di jalanNya. MasyaAllah....semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan tak pernah lokek dalam perjuangan.
Di atas sebagai peringatan bersama. Semoga kita mengambil intipati yang bermakna dan jadikannya pedoman dalam mengharungi hidup. Dalam usrah kubro yang telah dijalankan pada 3/4/2011 yang lepas,ahli2 ITC telah mengupas isu IKHTILAT DAN AURAT. TERPELIHARA ATAU TERPEJARA??pelbagai kesimpulan dan isi2 penting yang dapat kita rangkumkan.
:::::PUNCA BERLAKU IKHTILAT::::::
- bermula daripada perkara biasa
- penyalahgunaan ICT
- kurang penghayatan islam
- peranan pemimpin yg kurang jelas
- suasana tempat kita belajar(pengaruh persekitaran)
- tingkahlaku harian
:::::IKHTILAT YG BERLAKU DALAM IPG KPI SENDIRI::::
- salahguna kuasa kebebasan dalam kelas
- 'sosial' yang sudah terbiasa daripada skolah lagi
- peramah yg melampau
- laman sosial yg menyumbang kepada ikhtilat
::::AKIBAT BURUK IKHTILAT YANG TIDAK DIJAGA::::
- zina berleluasa
- mendapat dosa
- ramai anak luar nikah
- orang bukan islam memandang serong kepada islam
PENYELESAIANNYA BAGAIMANA??????
:::CARA DAKWAH UNTUK BENTERAS IKHTILAT::::
- edar risalah
-qudwah hasanah
- anjurkan program/seminar pembenterasan ikhtilat
- dekati mad'u
- banyakkan xtvt yang melibatkan satu jantina
:::CARA PERGAULAN DALAM ISLAM:::
- menjaga batasan yang telah disyariatkan
- elakkan gurau senda yg berlebihan
- mempercepatkan urusan
- tidajk berdua-duaan
- tidak melunakkan suara kita
- berjumpa di tempat yg sesuai
:::PERANAN GURU DALAM MEMBENTERAS IKHILAT::::
- kuatkuasakan peraturan pemakaian
- menasihati ke arah kebaikan
- pembahagian dalam gerak kerja mestilah seboleh2nya mengelakkan ikhtilat
- memberikan kefahman tentang ikhtilat itu
- mendekati para pelajar
- program/minggu penghayatn islam
kesimpulannya: IKHTILAT PADA MASA INI ,MUSTAHIL UTK DISIFARKAN. TAPI BERUSAHALAH KE ARAH UTK MENGURANGINYA....
![]() |
| JAGA BATASAN BILA BERSAMA |
p/s: Maaf lambat update pasal laporan ni... lujnah yg bertugas minggu ini, LUJNAH DKWAH DAN SAHSIAH, SILA ALERT...PASTIKAN BOG DI'UPDATE AT LEAST SATU KALI DALAM TEMPOH 5 HARI ANDA BERTUGAS...
Subscribe to:
Posts (Atom)







