"Ish....tak sedaplah nasi goreng
ni..masin..dah lah tak de ayam langsung. Mahal pulak tu" bentak hati yang
tidak puas kerana makanan yang dinikmati tak seperti yang kita inginkan.
Pernahkah kalian melakukannya? Tak usah malu untuk mengaku. Aku juga. Tapi apakah
kita sedar di saat kita tak puas dengan apa yg kita nikmati, ada manusia lain
yang tak dapat merasakan apa-apa. Di waktu kita dapat makan sesuatu
makanan(walaupun tak berapa sedap), ada manusia lain yang hanya mengalas perut
dengan air kosong. Bukankah keadaan mereka lebih sadis berbanding kita?
Sesekali pandanglah orang yang lebih
susah dan rendah daripada kita. Kerana kita akan sedar bahawa kita jauh lebih
bernasib baik dan beruntung kerana masih punya sesuatu. Jangan hanya asyik
memandang kesenangan dan kemewahan orang lain saja. Itulah penyebab utama kita
susah nak merasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan semakin tamak untuk
menyaingi orang lain.
Jadi, bersyukurlah dengan apa yang
dimiliki. Tak salah berkeinginan untuk memiliki sesuatu tapi janganlah sampai
kita lupa dengan apa yang telah pun kita miliki. Ramai yang kecewa bila sesuatu
yang dimahukan tidak dapat dimiliki. Walhal, golongan ini masih belum bersyukur
dengan apa yang telah diberikan sebelumnya. Pantas kah dia menerima sesuatu
yang lain pula sedangkan masih belum dapat mensyukuri dan memanfaatkan
sebaiknya pemberian sebelum itu. Sama-sama kita tanam sifat
qanaah(berpada-pada) dalam diri agar dijauhi sifat tamak dan mengejar-ngejar
kemewahan. Orang yang qanaah itu memelihara harta sekadar apa yang ada di
tangannya dan tidak berangan-angan untuk memiliki sesuatu yang lain pula.
Tahukah kita? Dalam sifat qanaah itu
terkandung lima perkara?
1.
Menerima
dengan rela apa yang ada
2.
Memohon
kepada Allah tambahan rezeki yg selayaknya, disertakan usaha
3.
Menerima
dengan sabar ketentuan Allah
4.
Bertawakkal
kapda Allah
5.
Tidak
tertarik oleh tipu daya dunia
Sesungguhnya qanaah itu mampu mengawal diri dan nafsu yang sering
menginginkan sesuatu yang lain dan sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang
sedia ada. Mohonlah kepada Allah supaya dikurniakan sifat qanaah dalam setiap
perkara. InsyaAllah ;)
p/s: Allah tak memberikan apa yang kita mahukan semata-mata. Tapi Allah
memberi kita sesuatu yang sangat kita perlukan sebenarnya. Dia menciptakan
kita, maka Dia jauh lebih mengnal diri kita. Yakinlah !!!
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat
kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
SURAH AL-BAQARAH: AYAT 152